Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah berlangsung pada 4 Februari 2022 di Stadium Nasional Beijing, China. Temasya tersebut telah dirasmikan oleh Xi Jinping, Setiausaha Agung Parti Komunis China dan Presiden Republik Rakyat China.[2] Seperti yang diamanatkan dalam Piagam Olimpik, upacara tersebut telah menggabungkan bahagian artistik dan bahagian rasmi yang merangkumi ucapan alu-aluan, pengibaran bendera dan perarakan para atlet.[3]Kebetulan upacara pembukaan diadakan bersempena dengan Lichun, salah satu musim pertanian dalam kalender tradisional Cina, maka upacara ini bermula dengan sebuah persembahan mengenai permulaan musim bunga. Emping salji turut merupakan salah satu unsur yang amat penting dalam upacara ini dan boleh ditemui dalam reka bentuk plakad nama delegasi semasa perarakan atlet, lagu tema upacara ini, serta reka bentuk kawah api Olimpik. Upacara pembukaan ini turut terkesan dengan beberapa kontroversi, antaranya termasuklah pemboikotan secara diplomatik oleh beberapa negara Barat.Upacara pembukaan ini diarahkan oleh pengarah dan penerbit filem Zhang Yimou, yang juga pernah mengarahkan upacara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2008.[4] Beliau telah menjadi individu pertama yang mengarahkan upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk.[5] Upacara ini telah melibatkan 3,000 orang pelakon yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.[6]

Rujukan

WikiPedia: Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 http://heb.hebei.com.cn/system/2022/02/04/10087354... http://politics.people.com.cn/n1/2022/0128/c1024-3... http://news.sjzdaily.com.cn/2022/02/04/99747018.ht... http://news.hnr.cn/djn/article/1/14804598843299061... http://www.news.cn/2022-02/05/c_1211554908.htm http://www.news.cn/video/2022-02/06/c_1211556344.h... http://news.ynet.com/2022/02/10/3426059t70.html //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Upaca... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.abc.net.au/news/2022-02-04/winter-olym...